UMMI ABBI
Kita hanya insan biasa
Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ada juga yang mahu mengikut persis kaum, bangsa dan agama lain selain islam sebagai 'guide-line' dalam mensahsiahkan diri anak-anak, atau orang di bawah mereka sehingga melupakan norma-norma islam yang sedia ada.
Tidak kurang juga. ada yang mewarisi kefahaman, petua dan ritual-ritual daripada generasi terdahulu, tanpa mengira kewajaran dan keberadaan sesuatu perkara itu sama ada wujud mengikut terma Islam yang telah wujud sebagai penentu hala atau pun tidak. Malah kadangkala mereka cuma mengikut secara membabi buta tanpa mengetahui dan mengkaji selidik teori yang diwariskan kepada mereka, sebenarnya telah mengguris sentimen keislaman.
Walau pun ada juga, wira-wira (suka saya gelarkan mereka ini wira di atas kebenaran yang mereka berani sampaikan) yang cuba menyelamatkan mereka daripada tersasar jauh daripada tujuan setiap manusia di atas muka bumi ini dengan menegur dan menasihati mereka, tetapi ditolak mentah-mentah oleh mereka sehinggalah mereka tergolong dalam golongan muslim yang menduakan Allah...Nauzubillah.
Bukan niat saya mahu menuding jari pada mana-mana pihak, apatah lagi mengangkat diri setaraf dengan orang bijak
pandai, cuma ingin berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan setiap individu yang sudi berkongsi pendapat di sini.
Hanya satu yang dapat saya kaitkan dalam perkara ini, sifat keegoan yang wujud dalam diri individu yang bergelar Ummi dan Abbi atau yang sama gelaran dengannya. Yang mana, rata-rata di antara kita, lebih mementingkan ketinggian darjatnya lebih daripada kebenaran yang cuba disampaikan oleh orang lain.
Seandainya Anda bertanya, layakkah seseorang selain diri anda menasihati anda? Bijakkah dia lebih daripada anda? Ijazah atau diploma daripada university manakah yang melayakkannya untuk menasihati anda? Ini jawabnya....
Jika anda fikir, seseorang itu dinilai melalui, ijazah, sijil atau pengiktirafan daripada sesebuah intitusi itu menjadi garapan untuk anda menilai diri seseorang anda silap!
Saya mahu bertanya satu soalan kepada anda semua,.....Siapakah manusia yang paling layak untuk kita katakan yang paling genius di muka bumi ini? Jika anda ada jawapannya, saya berani katakan yang ianya salah!
Kenapa? kerana saya juga ada jawapan yang pasti berlainan daripada jawapan anda. Dan si fulan, dan si fulan yang lain juga ada jawapan yang berbeza, jadi ingin saya mengetengahkan bahawa manusia itu, Allah ciptakan ada kelebihan dan kekurangan yang Allah beri untuk setiap individu. Tiada yang terpandai atau terbodoh. Masihkah ada manusia yang terpandai di dunia?...Ada tapi Wallahualam (hanya Allah yang maha mengetahui)
Setujukah anda, jika saya katakan pengalaman itu dapat menandingi lalu memenangi kredibiliti sesebuah intitusi pengajian? Saudaraku sekalian, bagi diri saya, sebagai hambaNya di muka bumi ini, ingin sekali mengajak anda untuk berkongsi pengalaman anda menjadi mana-mana individu di muka bumi Allah ini untuk dikongsikan bersama agar dapat kita membentuk sebuah kelompok keluarga-keluarga Islam yang teguh dan bersatu sejajar dengan kehendak Allah swt.
Tanggalkan jubah ego anda yang selama ini mengurung keindahan rohani yang sememangnya telah Allah titipkan untuk semua hamba-hambanya sedari kita masih dalam perut Ummi, ibu, mama, mak dan sebagainya. Dengar dan kongsikanlah sebarang komen dan kisah-kisah pengalaman anda di blog saya yang serba kekurangan ini.
Sekian Terima Kasih.
